20.12.09

apa mau buat?

cuti. best giler la cuti sebab takyah ngadap komputer aku buat C++ yang memeningkan + menyakitkan kepala, siang dan malam itu. dan juga takyah nak kira-kira convert octa, hexa, binary dan sekutu-sekutu nya tu lah. dan juga dapat aku tidur. tidur, tidur, tidur. sampai kena marah ngan bapak aku. dan juga dapat aku habiskan segala jenis movies + tv series kat komputer aku ni. tapi cuti ni memang la membosankan dan membunuh. ye la, duit dah kering sebab beli cd burner yang bodoh + asyik power error je + mahal giler nak mampos, aku kene tipu ngan orang kedai tu. nak beli Boss Distortion pedal pun terpaksa ditangguhkan. dah duit takde, nak buat ape lagi, duduk rumah la. nak mintak duit kat 'main funder' aku, memang tak lepas la. mintak duit beli rokok pun kena marah. adoi...

sekarang ni apa mau buat? duti takde, apa pun tak jalan. maka dengan kuasa Tuhan yang maha kuasa aku pun buat la benda-benda yang dapat menghalang aku daripada mati kebosanan dirumah yang tercinta ini. yang dah jadi rutin hari-hari, ialah download albums. memang iTunes aku tu dah penuh ngan album-album:

Green Day-Kerplunk
Green Day-Nimrod
Green Day-Warning
Green Day-International Superhits
Green Day-Dookie
(okay, memang aku fan Green Day gila-gila dari sekolah lagi.)

Foo Fighters-Foo Fighters
Foo Fighters-The Colour and The Shape
Foo Fighters-There Is Nothing Left To Lose
Foo Fighters-One By One
Foo Fighters-In Your Honor
(di sebabkan semua alat yang memainkan pita kaset dirumah aku dah pupus, maka di download la album-album diatas.) kecuali:
Foo Fighters-The Greatest Hits

Weezer-Radtitude (style!)
Julian Casablancas-Phrazes For The Young
Katy Perry-One of The Boys (taktau la apsal aku download.)
Paramore-Brand New Eyes (UTP nye yang aku download sound quality macam haram!)

ok, itu la albums yang aku download. semangat je cari. dah 3-4-5 hari lepas tu, malas la. buat benda lain. maka di usha-usha pula guitar tabs. tak pernah main Foo Fighters before this, tengok la tabs lagu-lagu Foo Fighters. mencabar, tapi cool jugak do. dah boleh dah main lagu Big Me, Best of You, The Pretender, Wheels...haha Abang Grungey a.k.a Ahmad Faris yang tercinta, jom jam lagu ni do!!! hahaha

banyak la benda baru aku belajar. guitar la, bukan C++ ye. lagu Foo Fighters memang ajar aku chording pelik-pelik, tapi at the same time praktis la jari aku ni haa. cuma tak main masuk-masuk guitar pedal la lagi kan. tunggu la next duit masuk aku beli la Boss Distortion pedal yang meng-'stim'-kan tu. antara benda-benda lain yang aku buat dikala bosan menjelma:

-tengok MTV (ngan bapak aku pun dah tumpang sekaki, dia tengok WorldStage haritu)
-bangun pagi (ni nama nye dah takde keje)
-pergi breakfast (dah bangun pagi, nak buat apa lagi?)
-tengok langit (ni sumpah dah bosan gila)
-cari penyakit (main bola tengah-tengah hujan, isap tembakau)
-kutuk jiran sebelah rumah aku. bersama bapak ku. (ada skandal siot orang sebelah rumah tu. lu orang tak percaya, datang sendiri tengok.)
-berfikir
-ber-futsal (sial je kena tipu ngan Nuar haritu). bersama brader-brader Bank Rakyat. rembat bola nak padu je, memang aku goyang la kalau jadi keeper. Hilmi TB boleh la jadi keeper.

serious kalau dah bosan tahap Dewa Tunggal maka benda-benda macam ni la yang akan dilakukan. ini cerita benar. based on true story and real events.

-May the Force be with you.
Posted on by nazz-o-rama in

4.12.09

laki ke pompuan?

baru je habis tgk satu video clip ni kt MTV...israel pun israel lah, dah bosan sangat + tak boleh nak tido punya pasal maka di switch kan-lah dari AXN 701 ke MTV 713...jarak channel tak jauh pun, ada lah selang 5-6 channel jugak lah...maka tengok lah aku video clip-video clip yang menggoda maha menggiurkan dari entah sape entah artis pompuan yg dari UK tu...hmm boleh tahan jugak minah ni, tambah sikit dosa aku malam ni...pastu video sean kingston yang somebody call 911 tu la, Foo Fighters dengan video 'Wheels' nye (phewwit!)...setelah beberapa puluh/belas minit aku filling up bekas-bekas dosa dengan hiburan-hiburan yang menggoda khas dari MTV, tetibe muncul-lah satu video clip band ni, Tokio Hotel...hmm, nama band biasa je lah, takde apa-apa yang suspicious lah kira nya...yang menimbulkan syak wasangka aku dan umat manusia sejagat ialah singer/frontman die:

"dia ni laki-laki ka pompuan???"

dari segi suara, taktau nak ckp lah sbb zaman sekarang ni, laki-laki nak buat suara pompuan dan vice versa nye, memang tak menjadi satu masalah lah bagi umat manusia akhir zaman...so, suara memang aku tak kisah...tapi muka singer dia macam pompuan...comel dan lawa seperti seorang pompuan...tak tipu...dan aku terus melihat ke bahagian yang laki-laki akan selalu lihat pada seorang pompuan, dan hasilnya hampa. tak seperti yang dijangka. ia adalah seperti landasan kapal terbang. kecondongan permukaan adalah 0 darjah. tidak seperti cik beyonce knowles dan scarlett johansson yang kecondongan permukaan nye melebihi 45 darjah...sangat yummy. maka selepas beberapa video clip selepas video clip yang menimbulkan tanda tanya itu, tiba lah masa nya untuk iklan. relax lah sekejap dari buat dosa tu...dan di tika iklan-iklan berkumandang, keluar lah iklan Tokio Hotel ni...dangar lah singer nye bercakap seperti manusia biasa seperti kita kebanyakan ini. macam laki-laki...dan suara nya cakap apabila menerima anugerah MTV yang maha israel itu. macam pompuan...aik?! sekejap laki-laki, sekejap pompuan...
korang fikir aku merepek? lihat:


ini adalah Tokio Hotel. yang dua dari kiri (rambut itam yang buat gaya nun) itulah singer die yang aku kecoh-kecohkan dari tadi...haa, aku tak merepek, ok? oh, nama betul singer die Bill ape ntah nama die...yang aku tau nama die Bill...Bill ye,take note sikit...

Posted on by nazz-o-rama

2.12.09

phew, phew, phew...

busy days are over...
now is the time to relax and enjoy this goddamn holidays!!!

but,but,but...

plumbing kat rumah buat hal daa....
adess,kene tolong betulkan pulak...
plumbing,plumbing.....

Posted on by nazz-o-rama